Rakyat mahukan debat Anwar Ibrahim dan Najib
Tun Razak.
Anwar Ibrahim cakap Najib Razak tipu rakyat.
Najib Razak cakap Anwar Ibrahim yang tipu rakyat.
Anwar Ibrahim kata boleh hapus hutang ptptn, boleh hapus tol, turunkan harga minyak.
Najib Razak kata tak boleh, negara bankrup, negara akan musnah kalau buat macam tu.
Najib Razak cakap Anwar Ibrahim sokong yahudi israel, agen yahudi.
Anwar Ibrahim kata tidak, Anwar kata dia tak sokong.
Itu lah senario politik Malaysia, dia kata dia, dia cakap dia, semua cakap belakang, tak nak jumpa depan depan cakap. Sebab itulah debat diwujudkan, bagi membolehkan perkara perkara yang segebini boleh terungkai. Siapa betul siapa salah. Siapa bohong, siapa benar.
Anwar Ibrahim berkali kali ajak Najib Razak untuk berdebat, tapi Najib Razak dan pemimpin tertinggi UMNO memberi pelbagai alasan, antara alasan terbaru, kenyataan dari Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menolak cadangan agar diadakan debat antara perdana menteri, Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan alasan tidak ada apa yang perlu untuk didebatkan.
Sebaliknya, Tengku Adnan menawarkan diri untuk mengaturkan satu debat dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ini lah UMNO/BN yang mebih suka bercerita dan mengatakan soal individu daripada soal ekonomi dan negara. Anwar Ibrahim ajak debat ekonomi, permasalah negara dan isu Palastine dan Israel, tapi UMNO/BN tidak sudah sudah dan rupanya masih tidak boleh menerima hakikat tentang Anwar Ibrahim dalam pertuduhan liwatnya, walaupun mahkamah sendiri telah memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah.
Perkara sebegini juga memberi contoh yang amat jelas kepada mata masyarakat dengan menunjukan pemimpin UMNO/BN tidak bersikap profesional dan juga tidak mencerminkan diri mereka sebagai seorang pemimpin, sebaliknya lebih gemar untuk berkata belakang dari cakap depan depan.
UMNO/BN yang dipimpin oleh Najib Razak semakin hilang arah dan tidak mempunyai alasan untuk mengelakan Najib Razak untuk berdebat dengan Anwar Ibrahi, sebenarnya pemimpin UMNO dan BN takut yang mereka akan dimalukan oleh Najib Razak. Sedangkan Najib Razak itu pemimpin mereka dan sepatutnya, mereka harus yakin dan percaya Najib Razak mampu mematahkan serangan Anwar Ibrahim dalam sesi debat, bukannya mencipta alasan untuk Najib Razak terus mengelak debat dengan Anwar Ibrahim.
Baru ajak debat dan takut, belum ajak perang lagi, ntah apa lah nasib rakyat Malaysia sekiranya pemimpin yang begini terus memerintah Negara.
Kita Mampu Ubah.
A.B.U
Sekian.
Sumber: http://really.tigaline.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.