“Orang yang mahir berfikir,
secara tidak mereka sedari sendiri, mempunyai beberapa prinsip-prinsip
berfikir.”
Semua orang berfikir, tetapi kebanyakan daripada
kita tidak tahu teknik-teknik berfikir yang kita gunakan. Kita menggunakan teknik
yang kita pelajari secara tidak sedar semasa menjalani kehidupan harian.
Teknik-teknik itu diistilahkan teknik pemikiran biasa. Antara ciri-ciri utama
pemikiran biasa adalah:
1. Salah
satu sifat minda kita adalah sekiranya ia terdengar sesuatu idea sebanyak tiga
kali atau lebih, maka hal itu dianggap lebih benar daripada apa yang didengar
sekali sahaja. Perulangan menguasai minda kita dan mempengaruhi cara bagaimana
minda kita memproses apa yang didengar.
2. Pemikiran
biasa sering kali dikongkong oleh apa yang dilihat oleh mata (persepsi). Warna
yang cerah dan garang membuat kita
percaya bahawa benda itu lebih penting daripada apa-apa yang berwarna
lembut dan pudar. Orang yang bertubuh tinggi dan tegap dianggap paling penting
di dalam sesuatu majlis.
3. Satu
lagi ciri pemikiran biasa adalah ia akan tunduk pada niat dan kepentingan
peribadi. Idea-idea dan maklumat yang diterima oleh minda dipengaruhi oleh apa
kaitan antara idea dengan niat peribadi. Apa-apa yang bertentangan dengan
kepentingan peribadi diketepikan.
4. Pemikiran
biasa tidak seimbang sama sekali. Kalau ada sebakul rambutan dan rambutan yang
pertama dimakan adalah berulat, minda memutuskan semua rambutan didalam bakul
itu berulat belaka. Sekiranya seorang pelajar Melayu lemah metamatik, semua
pelajar Melayu dikatakan lemah metamatik.
5. Pemikiran
biasa mengutamakan kepentingan. Kalau ada sebiji rambutan berulat, rambutan
yang sebiji itu lebih penting daripada rambutan yang sebakul. Kenyataan bahawa
kebanyakan rambutan didalam bakul tidak berulat tidak dapat menghapuskan
kepentingan yang sudah tercipta. Sekali kepentingan itu tercipta, ia akan kekal
dalam minda.
6. Pemikiran
biasa dipengaruhi dengan kuatnya oleh pengalaman-pengalaman peribadi, bukan
pengalaman darpada sumber-sumber lain. Apa yang kita alami adalah lebih penting
daripada pengalaman orang lain.
7. Pemikiran
biasa kerap melihat sesuatu secara sempurna, tidak ada kekecualian langsung.
Begitu juga ia suka melihat sesuatu daripada sudut ekstrem, tidak asa
pertengahan. Kalau seorang pekedai menipu timbangan, semua pekedai menipu
timbangan.
Supaya
kita memiliki keupayaan berfikir menggunakan teknik-teknik yang berkesan kita
perlu mengikis kecenderungan kita berfikir menggunakan pemikiran biasa kita.
Pemikiran biasa tidak berdaya menghasilkan pandangan-pandangan dan idea-idea
yang bermutu. Oleh yang demikian kita perlu mempelajari teknik-teknik berfikir
yang canggih.
Prinsip Berfikir
Orang-orang yang mahir berfikir, secara tidak mereka sedari
sendiri mempunyai prinsip-prinsip berfikir seperti yang disenaraikan di bawah:
- Sentiasa
bersikap membina
Ramai Orang suka berfikir secara
negatif. Mereka seronok mencari alasan-alasan bagi membuktikan orang lain
salah.
Mereka berasa mereka lebih pintar
daripada orang itu. Orang-orang yang berfikir secara negatif yakin kecekapan
berfikir secara kritikal adalah memadai. Pemikiran mereka kekurangan
unsur-unsur membina dan me-nerbitkan idea-idea. Memang benar, ada kalanya kita
perlu pada pemikiran kritikal, tetapi itu tidak selalu. Orang-orang yang mahir
berfikir secara negatif tidak berasa malu kerana sikap masyarakat kita sekarang
yang lebih memuliakan kemahiran berfikir secara kritikal daripada kemahiran
berfikir scara membina.
- Berfikir
secara simple
Tabiat suka melihat apa-apa
perkara dengan cara sukar dan rumit hanya elok untuk menunjuk-nunjuk pada orang
lain bahawa kita adalah pemikir yang hebat. Tabiat ini datang kebiasaan dari
sekolah. Entah apa sebabnya, guru-guru percaya, salah satu cara mengajar supaya
murid pandai berfikir adalah dengan memberi soalan-soalan yang susah. Pemikir
yang mahir adalah orang-orang yang dapat berfikir secara simple. Apa-apa yang sukar
akan mereka tukar supaya menjadi mudah. Mereka gemar bertanya, “Ada atau tidak
cara lain yang lebih senang?”
- Senantiasa
mencari-cari pilihan lain, tanggapan lain dan idea-idea baru
Pemikir-pemikir
yang tidak mahir sibuk mencari SATU jawapan yang betul dan selepas menemui
jawapan itu mereka akan mempertahankannya dengan degil. Dahulu, sejak di
sekolah, semua soalan yang diberikan kepada mereka hanya mahukan satu jawapan.
Jawapan-jawapan lain adalah salah. Selepas berhenti sekolah pun itulah yang
mereka percaya.
Pemikir yang mahir sentiasa bertanya, ada atau tidak cara-cara lain, tafsiran-tafsiran lain, tindakan-tindakan lain, pendekatan-pendekatan lain. Sekiranya kita diberitahu ‘hanya ada dua kemungkinan’ dia segera mencari kemungkinan-kemungkinan lain. Kalau dia diberitahu, hanya ada satu penjelasan bagi apa-apa masalah, dia cepat-cepat mencari penjelasan-penjelasan lain. Begitu pula halnya dengan idea-idea dan tanggapan-tanggapan. Dia bertanya, “Ada Idea Lain?”
Pemikir yang mahir sentiasa bertanya, ada atau tidak cara-cara lain, tafsiran-tafsiran lain, tindakan-tindakan lain, pendekatan-pendekatan lain. Sekiranya kita diberitahu ‘hanya ada dua kemungkinan’ dia segera mencari kemungkinan-kemungkinan lain. Kalau dia diberitahu, hanya ada satu penjelasan bagi apa-apa masalah, dia cepat-cepat mencari penjelasan-penjelasan lain. Begitu pula halnya dengan idea-idea dan tanggapan-tanggapan. Dia bertanya, “Ada Idea Lain?”
4.
Tidak suka bertelagah pendapat
Kemahiran bertelagah datang
daripada hasrat mahu betul selalu. Semasa di sekolah, murid-murid dilatih
berbahas, kononnya berbahas menajamkan otak mereka. Tetapi berbahas juga
melatih mereka mahir mencari salah orang. Bagi menajamkan otak, caranya ialah
dengan belajar menajamkan persepsi. Ini lebih berkesan dibuat tanpa bahas dan
debat. Orang yang bertelagah dengan kita mungkin ada perkara yang berguna untuk
kita dengar. Tetapi kalau kita sibuk mencari apa yang kita hendak lawan dan
tangkis, telinga kita akan pekak daripada mendengar perkara-perkara berguna
itu. Pemikir yang mahir pandai mendengar, bukan pandai berdebat.
- Memisahkan ego
daripada pemikiran
Halangan pertama untuk menjadi
pemikir yang mahir adalah dia ego kita: “Aku betul, dia salah.” “Pendapat aku
yang terbaik.” Kita perlu belajar menerima hakikat bahawa kita mungkin salah
dan idea orang lain lebih baik. Tetapi ini lebih mudah diucapkan daripada
dilakukan. Kebanyakan orang menderita gejala ‘gerun-salah’ dan ‘gerun-kalah.’
Perkara ini pun bermula dari sekolah. Di sekolah, setiap kali kita salah, kita
didenda.
Salah membawa malu besar pada
diri. Ibu bapa kita pun malu apabila kita salah di sekolah. Salah mengakibatkan
kita kalah di sekolah. Gejala gerun salah dan gerun kalah terbawa-bawa selepas
keluar sekolah. Inilah yang menyebabkan dalam banyak peristiwa, orang
berdegil-degil mempertahankan pendapat kerana mereka takut salah. Jadi mereka
kalah. Sehingga padu satu saat, mereka bukan lagi mempertahankan idea mereka,
sebaliknya mereka mempertahankan maruah mereka. Mereka takut malu. Kalau ada
pendapat lain yang bertentangan dengan pendapat kita, kita rasa kita berusaha
membuktikan pendapat lain salah.
Tetapi, pendapat-pendapat lain
mungkin ‘betul’ belaka, berdasarkan persepsi yang dijadikan asas pada
pendapat-pendapat itu. Pemikir yang mahir berupaya memisahkan egonya daripada
pemikirannya. Mereka dapat menerima bahawa kenyataan mereka mungkin salah dan
idea mereka belum tentu yang terbaik.
- Merendah diri
Sombong, bongkak dan angkuh ialah
ciri-ciri orang yang tidak mahir berfikir. Memang, adalah sukar hendak
merendahkan diri kepada orang-orang yang penuh prasangka, buta akal,
berfikirkan sempit dan terbukti salah. Dan orang-orang seperti itu ramai di
sekeliling kita. Namun orang-orang yang mahir berfikir mempunyai sikap merendah
diri dalam pemikiran mereka sendiri. Mereka percaya, pemikiran mereka sendiri
pun belum tentu betul.
Dipetik daripada buku bertajuk Berfikir SECARA LOGIK & KRITIS
Berfikir secara logik dan kritis
adalah sangat penting, terutama untuk menghindari kesilapan semasa membuat
pilihan dan mengambil keputusan.
Ramai orang yang pandai semasa
mereka masih belajar ternyata begitu pandai apabila menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan sehari-hari. Mereka melakukan
kesilapan-kesilapan yang merugikan diri mereka sendiri dan orang lain yang
terjejas oleh keputusan itu.
Keupayaan berfikir secara logik
dan kritis adalah kemahiran yang boleh dipelajari secara sistematik oleh
sesiapa sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.