Thursday, January 26, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M | STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500

January 26, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M | STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500


Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon bermula 15 Januari 2012 dan semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.

Pembayaran BR1M dibuat secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Cara Tuntut Baucer BR1M :

Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Kaunter bergerak khas turut disediakan di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.

Pertanyaan Status Permohonan BR1M:

Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800-22-2500 atau 1300-88-3010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan. Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my.

Rayuan Permohonan BR1M :

Bagi pemohon yang gagal pula, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau download menerusi laman web www.treasury.gov.my.

Lanjutan Tarikh Permohonan :

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menghantar borang permohonan, anda boleh mengahantar borang BR1M dimana tarikh penyerahan penghantaran borang telah dilanjutkan sehingga 10 Februari 2012.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.