SAYA terpanggil untuk merujuk kepada perjanjian persefahaman (MoU)
penyelesaian pengambilan pembantu rumah Indonesia.
Adakah Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Malaysia khususnya dan
Kementerian Sumber Manusia peka implikasi MoU tersebut kepada majoriti rakyat
Malaysia yang memerlukan pembantu rumah.
Kenapa pihak kita selalu mengalah? Setakat minggu lepas hanya lima atau
enam agensi yang bersetuju dengan bayaran RM4,511 untuk membawa masuk pembantu
tersebut.
Apa pun saya ingin bertanya logikkah gaji ditetapkan sehingga RM700
sebulan dan majikan perlu mengemukakan butir peribadi kepada pihak di Indonesia
terlebih dahulu. Sekarang siapa yang mencari kerja? Rakyat Indonesia atau
majikan dari Malaysia.
Persetujuan Ketua Pengarah tersebut hanya untuk kepentingan golongan
yang berada sahaja. Sedangkan yang ramai memerlukan pembantu adalah daripada
golongan rakyat pertengahan. Gaji RM700 sebulan hampir sama gaji pekerja yang
berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.
Nampaknya, separuh gaji terpaksa diserahkan bulat-bulat kepada pembantu
yang belum tentu bagus. Syarat lain, termasuk pembantu hanya buat kerja
tertentu sahaja sebagaimana yang ditetapkan dalam permohonan.
Kaedah ini hanya layak bagi majikan yang kaya dan mempunyai rumah besar.
Kalau setakat duduk rumah teres tiga bilik, anak satu atau dua (sudah mula
sekolah), apa logik gaji RM700 sebulan?
KAMI RASA TERANIAYA
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Sumber : lhakim-suarahati.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.