TINJAUAN
                                                                        Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
KELAYAKAN
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Dokumen Utama
Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.
Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.
*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.
CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
- Insentif bulanan disediakan      kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS      1Malaysia)I.
- Peserta hanya perlu      menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5      tahun.
- Bayaran insentif disediakan      setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai      minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.
- Amaun pinjaman adalah      RM5,000 untuk setiap isi rumah.
- Pinjaman adalah untuk      pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
- Penyertaan dibuka selama      satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga      semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
- Penyertaan akan dibatalkan      sekiranya:
1.     Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
2.     Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
3.     Peserta didapati muflis; atau
4.     Peserta meninggal dunia. 
KELAYAKAN
1.     Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
2.     Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
3.     Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
4.     Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
5.     Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB: 
o    Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
o    ASB Sejahtera; dan
o    ASW 2020 Bandar
6.     Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
7.     Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
8.     Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada: 
o    Bumiputera - 50%;
o    Cina - 30%;
o    India - 15%; dan
o    Lain-lain - 5%
9.     Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
10.  Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
- Berkahwin - kombinasi      pendapatan kasar suami dan isteri; dan
- Ibu atau bapa tunggal -      pendapatan kasar individu.
Dokumen Utama
- Borang Permohonan Penyertaan      Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
- Borang Pembiayaan dari      Institusi Kewangan terlibat
- Borang Pendaftaran Unit      Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
- Borang Pelaburan Tambahan      ASNB 21
- Borang Jualan Balik ASNB 31
- Borang Pembaharuan Buku      Pelaburan BS3
- Penyata Pendedahan Risiko/      Risk Disclosure Statement (RDS)
- Kad Pengenalan asal pemohon      dan 2 salinan
- Kad Pengenalan asal pasangan      (jika berkenaan), dan 1 salinan
- Dokumen Pengesahan      Pendapatan 
- Bagi       Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini       ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
- Bagi       pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan       perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna       pakai.
Untuk maklumat selanjutnya sila ~KLIK DISINI->http://www.sara1malaysia.com.my/n_index.php
Institusi Kewangan Terlibat
 





 
 
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.